ZAKAT FITRAH Disusun oleh: AMRU ALHAZ BIN ADNAN (IMAM MASJID NEGARA) Dari Ibnu Abbas r.a berkata: �Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan kata-kata kotor di samping menjadi pemberian makanan kepada orang-orang miskin.� (HR. Abu Daud) Zakat Fitrah merupakan zakat diri yang diwajibkan ke atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang mampu dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ada pun kalimah � muslim� merujuk kepada keadaan manusia di saat baru diciptakan, kerana dengan sebab zakat ini dengan izin Allah manusia itu akan kembali kepada fitrah. Apabila di sebut Ramadhan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Selain zakat harta, seluruh umat Islam yang menepati sayarat diwajibkan membayar zakat fitrah. Sungguh pun sama dari aspek nama dan amalan; namun kedua-dua amalan fardu ini mempunyai perbezaan. Ia berbeza lantaran mempunyai konotasi yang mendasari hikmah di sebalik perlaksanaannya. Perbezaan Zakat Fitrah dan Zakat Harta Dari sudut hukum Fiqh, Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada dia seorang merdeka ataupun hamba sahaya sedangkan zakat harta tidak dikenakan kepada hamba sahaya. Bagaimana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri pun dimiliki oleh orang lain. Bahkan, demi mengangkat taraf seorang hamba maka Islam memberikan hak zakat untuk mereka menebus diri. Zakat fitrah juga mempunyai nisab yang berbeza dengan zakat harta. Syarat bagi seseorang itu wajib menunaikan zakat fitrah ialah seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya. Manakala, nisab zakat harta pula mesti disandarkan kepada nilai emas semasa. Apabila harga emas tinggi, maka tinggilah nisabnya. Dari sudut agihannya, zakat harta disalurkan kepada lapan golongan. Menurut pendapat sebahagian ulama agihan zakat fitrah selalunya difokuskan kepada golongan fakir dan miskin. Inilah yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Sayid Sabiq dan Karim Zaidan Ini menunjukkan, zakat fitrah berbeza dengan zakat harta. Siapakah Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah Prinsip asasnya, setiap muslim wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki mahupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah: � Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. � Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. � Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan tetap dalam Islamnya. � Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan Kadar Zakat Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah. Manakala, kadar zakat harta pula ialah 2.5 peratus dari keseluruhan harta. Waktu Zakat Fitrah Dikeluarkan Zakat harta pula ditunaikan sepanjang tahun, tanpa ada batas masa tertentu. Manakala, zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan Ramadhan dan waktunya tamat pada hari raya pertama. ketika terbenam matahari satu syawal. Sekiranya dia terlewat maka ia tetap wajib ditunaikan tetapi ia telah menunaikan pada waktu haram. Antara pecahan waktu itu adalah seperti berikut: 1. Waktu harus: Bermula awal Ramadhan 2. Waktu Wajib: Ketika matahari telah terbenam di akhir Ramadhan 3. Waktu Afdhal/Sunat: Pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan 4. Waktu Makruh: Setelah selesai salat hari raya Idul Fitri sehingga sebelum terbenam matahari 1 syawal. 5. Waktu Haram: Setelah terbenam matahari 1 Syawal. Hikmah disyariatkannya zakat fitrah: � Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmatNya. � Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya ataupun miskin sehingga mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah kepada Allah Taala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya. � Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa.
-wan nazirah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan