background

Isnin, 9 April 2012

Kelemahan Laman Sosial

Twitter merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk mengekalkan perhubungan dengan rakan-rakan dan juga satu usaha promosi untuk bisnes anda. Bagaimanapun, tidak kiralah apa pun tujuan anda menggunakannya, anda hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang merugikan. Laman-laman social networking memiliki kelemahan mereka tersendiri dan jalan terbaik untuk mengelakkan dari timbulnya masalah ialah dengan berhati-hati. Berikut ialah beberapa kesilapan-kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang:

1. Elakkan dari memaksa orang lain menerima bisnes anda. Ia akan dikira sebagai ‘spamming’ dan ia adalah satu perbuatan yang tidak dibenarkan sama sekali. Ia samalah seperti menghadiri sesebuah majlis keramaian dan menyebarkan kad bisnes anda tanpa anda memperkenalkan diri. Anda mungkin tidak melakukan perkara ini di dunia offline, maka anda juga perlulah berhati-hati agar tidak melakukannya di laman-laman social networking. Juga, jangan sesekali melakukan spam di halaman profil orang lain dengan meninggalkan mesej-mesej yang mempromosikan bisnes anda. Sekurang-kurangnya perkenalkanlah diri anda dan beramah mesra terlebih dahulu.

2. Sesetengah orang pula menyertai begitu banyak kumpulan-kumpulan dan forum-forum yang mana akhirnya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa kepada mana-mana forum atau kumpulan yang disertai itu. Anda hanya perlu sertai mana-mana kumpulan atau forum yang berkaitan dengan minat anda sahaja. Tonjolkan diri anda sebagai seorang yang tahu bercakap dan mengenang jasa. Apabila dibantu maka ucapkanlah terima kasih secara sopan.

3. Halaman profil anda ialah satu perkara yang sangat penting jadi jangan sesekali anda mengabaikannya. Ia merupakan tempat di mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang tepat tentang anda. Di sinilah tempatnya anda patut bercakap atau menerangkan secara profesional tentang bisnes anda dan sediakan link ke laman web rasmi anda. Jika anda rajin menonjolkan diri sebagai seorang pakar dalam niche anda maka halaman profail anda itulah yang akan menjadi tempat kunjungan orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang anda. Maka hiasilah halaman profsil anda tersebut dengan profesional dan bijak.

4. Satu lagi kesilapan yang paling umum ialah melibatkan diri di dalam perbualan yang tidak berfaedah atau perbalahan. Ini merupakan satu perkara yang paling patut anda jauhi demi kebaikan nama dan kredibiliti anda. Kesemua garis panduan ini jika diikuti akan membawa kebaikan dan keuntungan yang berpanjangan kepada anda dan bisnes anda.

-wan nazirah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan