background

Isnin, 2 April 2012

Pantun Hari Guru


Pantun Hari Guru

Mengajar tidak kenal erti lelah
Di mana saja sanggup berubah
Tanggungjawab terlaksana sudah
Memberi dorongan membawa wadah

Buah beluru buah sawa,
Minta sekati bawa ke darat,
Azam guru ke hujung nyawa,
Tabur bakti sampai ke akhirat.

Perahu sarat membawa ulam,
pucuk temu dengan siantan,
Guru ibarat sebatang kalam,
Tinta ilmu seluas lautan..

benang suasa benang bermutu,
dibeli dari pasar Bintulu,
lahir untuk menabur ilmu,
menjadi pedoman anak bangsaku.

Hendak pergi ke Singapura,
Singgah sebentar di Kuala Kangsar,
Berkorban demi nusa dan negara,
Guru Pembina Negara Bangsa.

gunung kinabalu, gunung santubong
tempat tinggal golongan sakti
hari guru hari penting
bagi mengenang jasa dan bakti 

pergi ke pekan membeli pua
walau mahal janganlah marah
wahai guru guru semua
usah mengalah teruskan langkah

Ada murid ada guru
Takda murid takda guru
Ada guru ada Mahaguru
Takda Mahaguru takada guru

burung pipit burung helang,
terbang tinggi tidak sejajar,
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.......

jenuh ke pantai mencari lokan,
mencari rezeki perut bergendang,
selamat hari guru saya ucapkan,
jasa budimu tetap ku kenang....

Batang Lupar menjadi sebutan,
Tempat bermain Si Bujang Senang;
Murid didahulukan prestasi ditingkatkan,
Guru Cemerlang Negara Terbilang

-Nur Syahindah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan