background

Isnin, 2 April 2012

cara-cara mencegah penyakit angin akhmar.

        Angin akhmar atau strok dikatakan antara punca utama kematian dan kesengsaraan masyarakat di negara maju dan negara membangun.Di malaysia,penyakit ini adalah antara sepuluh penyebab utama kematian yang direkodkan di hospital kerajaan.Tanda awal serangan angin ahmar termasuklah pesakit itu berasa lemah,kebas,dan lumpuh pada bahagian muka ,tangan,atau sebahagian anggota badan.Pesakit akan terasa gelap pandangan atau hilang penglihatan terutama sebelah mata.Pesakit juga menghadapi masalah bercakap,pening,dan sakit kepala.

       Pemeriksaan perubatan secara berkala merupakan cara yang baik untuk mencegah penyakit angin ahmar.Pemeriksaan ini dapat mengesan penyakit berisiko terlebih awal.Kawalan tekanan daraj juga penting untuk mengelakkan seseorang daripada penyakit angin ahmar.Amalan merokok hendaklah dijauhi.Hal ini demikian kerana tabiat merokok dapat meningkatkan pengumpulan bahan lemak dalam saluran darah dan menyekat bekalan darah ke otak.Keadaan ini dapat menyebabkan serangan angin ahmar.

      Seseorang itu perlu mendapat rawatan jika menghidap penyakit jantung.Selain itu,setiap individu haruslah mengamalkan pemakanan seimbang.Pengambilan makanan yang banyak lemak dan garam harus dikurangkan.Di samping itu,berat badan seimbang hendaklah dikekalkan.Seseorang yang memiliki berat badan yang berlebihan akan mengundang masalah serangan jantung dan diabetes.Keadaan ini akan meningkatkan risiko terkena penyakit angin ahmar.

      Bersenam juga merupakan aktiviti yang mustahak.Apabila umur seseorang semakin meningkat, peratus lemak dalam badan akan bertambah.Oleh itu,senaman harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu dengan kadar 20 hingga 30 minit setiap kali bersenam.Bersenam akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

     Sebenarnya,masyarakat dapat mencegah serangan penyakit angin ahmar dengan meningkatkan amalan kehidupan harian,bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubati.Langkah pencegahan yang berkesan patut dilaksanakan.Hal ini demikian kerana penyakit ini bukan sahaja membebankan hidup seseorang,bahkan juga keluarga dan negara.


Wan Nur Nazirah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan