kesan migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.
Migrasi penduduk,terutamanya golongan belia dari luar bandar ke bandar bukanlah perkara baharu di negara kita.Faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku ialah pelbagai peluang pekerjaan yang banyak di bandar.Kemudahan asas yang lengkap seperti sekolah dan hospital,di samping sistem pengangkutan yang baik juga merypakan antara punca penghijrahan golongan tersebut ke bandar.Lantarannya,penawaran buruh untuk pelbagai sektor pekerjaan turut meningkat di bandar.Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah pengangguran.
Hasil daripada migrasi tersebut,permintaan terhadap barangan semakin bertambah kerana penduduk semakin ramai.Permintaan terhadap kemudahan asas dan infrastuktur di bandar turut meningkat.Dengan kata lain,penambahan penduduk telah menjadi pemangkin kepada pembangunan kemudahan asas dan infrastuktur.Perbelanjaan kerajaan meningkat kerana kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang tinggi untuk membina prasarana yang lengkap untuk menampung keperluan dan permintaan.Kesesakan jalan raya turut berlaku kerana bilangan kenderaan di bandar kian bertambah.
Pertambahan penduduk sudah pasti mewujudkan kawasan penempatan yang lebih banyak.Bandar satelit untuk menampung petempatan penduduk akan tumbuh.Hal ini telah menyebabkan hutan diteroka bagi tujuan tersebut.Penebangan hutan yang berterusan menyebabkan kekurangan tempat tadahan air hujan dan masalah pencemaran.
Setinggan juga wujud di merata-rata tempat kerana ada penduduk yang tidak mampu membeli rumah dan membayar sewa rumah yang tinggi di bandar.Hal ini memudahkan penyakit merebak kerana sistem perparitan tidak sempurna.Keadaan ini turut menjejaskan pemandangan dan menjejaskan sektor pelancongan.Pertambahan penduduk akan menyebabkan taraf hidup menjadi rendah.Hal ini demikian kerana upah yang rendah seterusnya memperlihatkan kadar kemiskinan yang tinggi.Upah pekerja dibayar rendah kerana terlalu banyak penawaran tenaga kerja sedangkan peluang pekerjaan pula terbatas.Kadar kemiskinan yang meningkat akan menyebabkan kuasa beli rendah,ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak berkhasiat mengakibatkan kemerosotan mutu kesihatan.
Pertambahan penduduk turut menyumbang kepada peningkatan masalah sosial,misalnya pengedaran dan penagihan dadah,jenayah,kecurian,pelacuran,dan sebagainya.Jika masalah tersebut tidak diatasi,imej dan nama baik negara akan terjejas.Sesungguhnya,kepadatan penduduk dan kekurangan penduduk masing-masing akan memberi kesan positif mahupun kesan negatif kepada negara.
Wan Nur Nazirah.
in the best..., s0 gd....
BalasPadamtq
BalasPadamgd job ugais....
BalasPadam☺
BalasPadam☺
BalasPadambagus.. keep it up! really inspire me. tq
BalasPadam