background

Isnin, 2 April 2012


Syair Nur Alam Syah Lela Putera

Adapun fakir mengarangnya ini,
Bukan kerana hendak dipuji,
Wallah tidak sekali-kali,
Kerana melainkan hati sendiri.
Terlebih dahulu fakir berkata,
Kepada pembaca saudara beta,
Mana-mana terkhilaf tutur dan kata,
Ampun dan maaf dipinta. Tiadalah fakir berpanjang peri,
Dengarlah encik satu seturi,
Apalah konon sebuah negeri,
Jenaka Asyik gelar diberi.
Negerinya indah khabar rencana,
Aturan pekan semuanya kena,
Beberapa rakyat menteri perdana,
Termasyhur khabar ke mana-mana.
Kotanya kukuh bukan kepalang,
Berlapis dengan besi dituang,
Beberapa hulubalang yang garang-garang,
Takluknya banyak tiadalah kurang.
Sangat termasyhur nama negeri,
Banyaklah masuk dagang senteri,
Mahligai indah tiada terperi,
Bertatahkan emas bersalut padi.
Diladal Bahri nama rajanya,
Sakti pendekar lagi beraninya,
Segala raja-raja takut padanya,
Serta dengan adil murahnya.
Adapun Sultan Diladal Bahri,
Sangatlah pandai memerintah negeri,
Dikasihi sekalian hulubalang menteri,
Apatah lagi dagang senteri.
Sehari-hari bersukaria,
Serta rakyat isi negara,
Beberapa sedekah baginda kurnia,
Banyaklah miskin menjadi kaya.
Adapun baginda sultan yang sakti,
Khabarnya ada menaruh isteri,
Beberapa lamanya memerintah negeri,
Seorang putera belum didapati.
Bernazarlah konon baginda sultan,
Putera laki-laki yang dikehendakkan,
Sekalian rakyat semua dikerahkan,
Berdoa sekalian kepada Tuhan.
Tiada beberapa lamanya peri,
Hamillah konon permaisuri,
Tersangat suka sultan yang bahari,
Serta rakyat isi negeri.
Permaisuri gering di dalam istana,
Cukuplah bulan selamat sempurna,
Masuklah biti menteri perdana,
Bidan ketujuh ada di sana.
Dengan seketika nampaklah kelam,
Matahari di langit cahaya suram,
Guruh berbunyi menderam-deram,
Berputeralah konon peri Syah Alam.
Seorang laki-laki sangat indahnya,
Disambut bidan dikerat pusatnya,
Serta dimandikan dibedakinya,
Kain yang indah diselimutkannya.
Putera pun sudah diselimuti bidan,
Kepada baginda lalu diberikan,
Disambut baginda dengan kesukaan,
Serta yang ada mengahadap sekalian.
Sangatlah suka di hati baginda,
Ialah ganti perintah segera,
Baginda pun memberi nama anakanda,
Nur Alam Shah Lela Putera.

-Qurratul Ain Ajlaa-

1 ulasan:

  1. The King Casino - Atlantic City, NJ | Jancasino
    Come on in the King Casino for fun, no worrione wagering requirements, https://deccasino.com/review/merit-casino/ delicious wooricasinos.info dining, and febcasino.com enjoyable casino gaming https://jancasino.com/review/merit-casino/ all at the heart of Atlantic City.

    BalasPadam