background

Isnin, 2 April 2012

faktor-faktor yang menyebabkan ketagihan dadah.

        Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, sama ada asli atau tiruan yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik,dihidu,dihisap,atau dimakan, dapat mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.Mengikut kajian oleh pakar perubatan dan pakar yang membuat penyelidikan kepada penagih-penagih dadah,terdapat banyak faktor ketagihan dadah.Sikap ingin mengetahui dan mencuba sesuatu yang baharu antara penyebab seseorang itu ketagihan dadah.

       Mereka yang kurang kesedaran dan ilmu pengetahuan tentanng bahaya dadah turut menyebabkan gejala ini semakin serius di negara kita.Mereka tidak mengetahui kesan-kesan penagihan dadah terhadap diri dan orang lain dengan jelas.Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai agama juga menyebabkan seseorang itu menagih dadah.Ada sesetengah penagih dadah dipengaruhi oleh kawan.Mereka sanggup mencuba dadah agar diterima oleh kawan.Dengan kata lain,mereka menyesuaikan diri dengan kumpulan sebaya.

      Tujuan mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan turut menjadi punca ketagihan dadah.Kehidupan yang bermasalah akan mewujudkan suatu perasaan yang tidak enak dalam diri seseorang dan seterusnya mewujudkan kecelaruan emosi.Kekurangan kasih sayang dan kemesraan keluarga juga menjadi punca seseorang itu menagih dadah demi melepaskan dendam yang tertanam dalam jiwa.Keporak-perandaan rumah tangga turut menyebabkan gejala ini.Di samping itu,pengurusan masa yang kurang bijak,terutama dalam kalangan remaja menambahkan punca masalah ini berlaku.Mereka tidak pandai mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.

     Penagihan dadah memberikan kesan kepada kesihatan seseorang.Penagihan dadah akan merosakkan pertimbangan motivasi dan persepsi.Produktiviti kerja turun,kes jenayah meningkat,dan kemungkinan diserang oleh penyakit seperti bronchitis,sakit dada, dan menghidap kanser.Jangkitan penyakit seperti AIDS,hepatitis,dan kancing gigi juga besar kemungkinan akan berlaku.Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi membanteras dadah demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Wan Nur Nazirah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan