background

Isnin, 16 April 2012


Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam


Sebenarnya, punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara tidur kita yang tidak betul. Dalam artikel ini, akan saya kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti, pasti akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari. Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara tidur ini. Dan terakhirnya, cara tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan. Badan anda pasti segar di pagi hari setelah mencuba.
Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam:
1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur. Jika anda sudah berkahwin, latih anak-anak anda tidur awal juga.
2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.
3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini “Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah. Untuk memenuhi fitrah badan aku. Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula. Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti.”
4) Tetapi, niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja. Itu saya baca begitu. Bukankah Islam itu mudah? Anda boleh search di internet untuk niat lebih formal.
5) Kemudian, tidurlah anda. Sebelum tidur itu, berwudhu’lah dahulu seelok-eloknya. Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas, Al-Falaq dan An-Naas. Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.
6) Kemudian, dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu, kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun. Ini kajian sains pun ada sebut.
7) Kemudian, bangunlah kita. Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat. Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.
8) Kemudian, jika anda masih mampu, bacalah sedikit Al-Quran. Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk. Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini “Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti”.
9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.
10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam. Iaitu sehingga 2.30 AM. Jadi, kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)
11) Tetapi, setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh. Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh. Dan ketika sedar sahaja, pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.
12) Lawan perasaan malas anda. Itu hanyalah syaitan. Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan? Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.
13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya. Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW. Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.
14) Dan kemudian, apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari), berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap. Ianya bagus untuk kesihatan. Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.
15) Jangan tidur selepas asar. Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).
16) Dan apabila sampai malam,  apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah, tentulah susah bukan?Jangan risau.
17) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara. Iaitu keberkatan Allah SWT, kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.
Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini:
1) Kurangkanlah berhibur. Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat membantu anda di akhirat kelak? Tiada guna menonton rancangan-rancangan yang tiada nilai kebaikan itu semua. Tiada guna anda duduk depan Facebook 24 jam mengharap akan keluarnya notification baru.
2) Tekad dan Istiqamah. Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya. Janganlah lupa kepada-Nya. Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.
3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan. Ya.Hidup di zaman moden. You know.Malam masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5 pagi. Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu. Jika anda masih mahu mengikut mereka, teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang mendapat berkat-Nya, ubahlah cara hidup.
4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga. Jika anda tiada ilmu,  ibadat anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu’,anda akan tahu betapa besarnya kebaikan berwudhu’ itu.Jika tidak,anda tidak lebih sekadar berwudhu’ kosong.
Kesimpulannya, jika anda mengikuti cara tidur ini,anda pasti boleh bangun subuh dan anda pasti akan merasa sihat. Saya tidak tipu. Saya sendiri sudah mencuba cara ini selama sebulan. Dan Alhamdulillah saya sentiasa bangun subuh dalam tempoh sebulan ini.Kalau dulunya, ada juga miss. Dan, saya gerenti anda juga. Anda tidak akan mengantuk pada siang harinya. Tetapi,anda akan lebih ceria dan segar. Bukankah Nabi SAW bersabda bahawa tidak elok untuk tidur selepas Subuh? Setelah saya mencuba cara ini,saya berpendapat bahawa kita tidak elok untuk tidur selepas Subuh kerana jika kita tidur semula dan bangun lewat, minda kita tidak akan fresh. Malah, kita still perlukan tidur. Dari situ,kita dapat lihat, hidup berpaksikan nafsu tiada kesudahan. Dan,jika anda tidak tidur selepas subuh,anda akan fresh. Anda boleh memasak sarapan, membaca suratkhabar, tidak mengantuk untuk pergi ke kerja, membaca Al-Quran, menyiram bunga. Malah anda juga akan gembira dan riang.
Amalkanlah cara ini.Sesungguhnya tiada guna anda membaca artikel tentang Akhir Zaman dan Dajjal jika Solat Subuh anda tidak sempurna.Kerana Solat itu merupakan perkara pertama dihisab di Akhirat kelak.

BY PUTRI SYAFEERA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan