Diabetes tahap 2- Kira-kira 26 juta rakyat amerika menghidap penyakit kencing manis, dan berisiko juga terhadap penyakit serangan jantung dan stroke. Faktor-faktor utama yang menjadi punca terhadap penyakit ini adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif, amalan pemakanan yang tidak baik dan sebagainya. Hasil kajian terhadap 175,938 orang mendapat bahawa menonton televisyen selama 2 jam akan meningkatkan 20 peratus risiko penyakit ini.
Penyakit Kardiovaskular (CVD)- Ia termasuk serangan jantung, tekanan darah tinggi, angina (sakit dada disebabkan oleh bekalan darah berkurangan ke jantung), strok dan kegagalan jantung berfungsi dengan baik. Kajian JAMA mendapati 15 peratus peningkatan risiko untuk penyakit kardiovaskular membawa maut di kalangan mereka yang menonton TV dua jam sehari. Satu kajian baru-baru ini di Australia pula mendapati bahawa lebih banyak pendedahan kanak-kanak terhadap skrin, semakin tinggi risiko arteri di mata mereka akan menyempit, yang boleh membawa penyakit kardiovaskular di kemudian hari.
Peningkatan Kematian- Kajian JAMA mendapati bahawa menonton dua jam TV setiap hari, meningkatkan risiko kematian daripada semua punca-punca kematian yang lain sebanyak 13 peratus ketika tempoh ujian dijalankan. Lebih buruk lagi, risiko dijangkakan akan meningkat dengan menonton televisyen lebih daripada tiga jam setiap hari, disusuli dengan gaya hidup pemakanan snack ketika menonton TV.
Gangguan tidur- Seseorang perlu tidur antara tujuh ke lapan jam setiap hari, tetapi kebanyakan orang dewasa tidak mendapat tidur yang secukupnya. Menurut kajian menonton TV di katil atau menonton sebelum anda tertidur merupakan satu tabiat yang tidak baik. Kekurangan tidur akan meningkatkan risiko kegemukan, serangan jantung, kemalangan jalanraya dan sebagainya. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa cahaya pada waktu malam, termasuk cahaya dari TV, meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payudara.
Rabun- Myopia (rabun dekat) menjejaskan 1.6billion orang di seluruh dunia. Menjelang 2020, angka ini dijangka mencecah 2.5 bilion. Kadar yang tertinggi adalah di negara-negara di mana kanak-kanak lebih banyak menonton TV dan bermain permainan komputer berbanding yang bermain di luar. Di Tokyo dan Hong Kong, 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang rabun dekat berbanding 20 peratus di Amerika Syarikat. Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun menghabiskan masa purata sebanyak 4-3 jam kurang untuk bermain di luar dalam seminggu berbanding anak-anak yang normal dan menghabiskan masa lebih daripada 4 jam menonton TV setiap hari.
BY PUTRI SYAFEERA
BY PUTRI SYAFEERA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan