background

Isnin, 2 April 2012

Punca-punca yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku


Punca-punca yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku
   
 Kebanyakan rakyat Malaysia mengabaikan gizi pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini menyebabkan daya tahan penyakit  merosot. Rakyat Malaysia juga tidak menyediakan makanan sendiri kerana kesibukan bekerja. Mereka gemar makan di luar.  
    Gerai-gerai makanan mungkin kotor dan  makanan yang dimakan juga tercemar. Makanan yang tercemar juga mendatangkan  penyakit berjangkit seperti kolera. 
    Makanan laut juga mudah tercemar dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar . Hal ini kerana sisa haiwan dan manusia dibuang di situ. Pembuangan najis menyebabkan bakteria E-coli membiak. Hidupan laut akan tercemar dengan bakteria berkenaan. Jika kita mengambil makanan yang tercemar kita akan mendapat penyakit hepatitis. 
    Pencemaran alam sekitar juga merupakan punca  penyakit berjangkit.  Alam sekitar yang kotor, longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung. Air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes  dan nyamuk tiruk membiak. Gigitan nyamuk-nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit denggi dan malaria. Penyakit Japannese Encephalitis(JE) merebak di sekitar kandang khinzir yang kotor. Apabila najis khinzir tidak diurus dan dirawat dengan baik ini akan menyebabkan merebaknya virus nipah yang membiak melalui nyamuk culeks. (contoh Banyak penduduk  Kampung Nipah, Port Dickson yang terbunuh kerana penyakit JE). 
     Masyarakat Malaysia juga membunyai tabiat pemakanan yang buruk. Sesetengah penyakit berpunca daripada tabiat suka berkongsi barang peribadi seperti tuala dan pinggan mangkuk. Penyakit kulit akan merebak apabila kita berkongsi tuala. Terdapat juga  golongan yang mengamalkan hubungan seks rambang. Mereka ini akan dihinggapi penyakit kelamin. Yang lebih berbahaya ialah penyakit AIDS . AIDS juga boleh merebak hasil perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah. Hal ini kerana jarum suntikan yang tercemar dengan virus HIV akan merebakkan penyakit itu kepada penagih dadah.

-Nadia Nazri-

5 ulasan: