background

Jumaat, 13 April 2012


Antara Kebaikan-Kebaikan Facebook


Salam 1 Malaysia. Facebook sering kali di cop negatif oleh sebilangan manusia. Namun pernahkan kita perasan yang Facebook juga memberi banyak kebaikan dalam seharian hidup kita. Berikut merupakan antara kebaikan-kebaikan Facebook yang mungkin kita tak perasan.

1. Belajar bersabar dengan kerenah insan.
2. Belajar bersahabat dengan dunia yg tidak mengenali kita.
3. Belajar berbaik sangka dengan pendapat-pendapat dibaca.
4. Belajar menilai dengan apa yg kita pandang dari pelbagai gambar dan rupa.
5. Belajar mengembara mencari iktibar dari paparan ilmunya.
6. Belajar bersuara dengan kata-kata jiwa dengan keikhlasan di dada.
7. Belajar faham tentang sifat, ragam, sikap dan tragedi manusia.
8. Belajar senyum dan gembira dengan cara maya.
9. Belajar simpati dengan malang yang menimpa yang lain.
10. Belajar berkasih-sayang walau tanpa mata bertentangan.
11. Belajar bertahan dengan pelbagai cemuhan.
12. Belajar menyampaikan amanat Rasulullah s.a.w dan Allah s.w.t.
13. Belajar mengubah keburukkan menjadi teladan.
14. Belajar membalut diri dengan kebaikan-kebaikan alam.

Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari tentang diri sendiri bagi kita yang berjaya melihat dengan mata hati. Sesungguhnya tidak dinafikan ada terselit kebaikan disebalik kejahatan dan begitu juga sebaliknya kerana ini lah lumrah kehidupan manusia.

BY NURUL ULFAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan