background

Isnin, 2 April 2012

Masalah-masalah sektor pertanian.

     Industri pertanian semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dewasa ini.Pertanian kini tidak mendapat sumber sekunder kepada pembangunan ekonomi negara lagi.Sektor ini giat dibangunkan, selaras dengan pembangunan negara.Malangnya,terdapat halangan yang menyekat pembangunan sektor berkenaan di negara kita.

     kekurangan benih merupakan antara masalah yang melanda bidang pertanian.Kebanyakan anak benih kini diimport.Hal ini sudah pasti akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat.Masalah yang lain ialah usia petani yang sudah lanjut.Tenaga buruh dalam sektor pertanian rata-ratanya melebihi usia 55 tahun.Keadaan ini berpunca daripada penghijrahan golongan belia yang ramai ke bandar-bandar besar.Masalah ini juga berpunca daripada kurangnya minat sesetengah pihak terhadap sektor pertanian.Golongan belia berpendapat bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian hanya layak dilakukan oleh golongan yang sudah berusia ataupun sudah pencen.Bagi mereka,pertanian hanyalah satu bidang yang dijalankan untuk mengisi masa lapang.Mereka lebih senang menghabiskan masa dengan bekerja dalam sektor perkilangan.

     Serangan pelbagai penyakit juga menjadi masalah kronik dalam bidang pertanian.Sesetengah petani menghabiskan masa yang banyak untuk memerangi serangan penyakit.Kadar peningkatan kos pengeluaran sedikit sebanyak memberikan impak kepada bidang pertanian.Hal ini termasuklah kos pengangkutan,upah buruh,dan harga baja kimia.Kenaikan kos ini memberikan kesan kepada para petani.Selain itu,harga yang tidak stabil dalam pasaran juga merupakan masalah yang dihadapi oleh para petani.Jika dikaji secara mendalam,antara faktor ketidakstabilan harga berlaku ialah inflasi,lambakan barangan dalam pasaran,dan kemasukan barang eksport dalam kuantiti yang banyak.

     Saiz tanah yang terlalu kecil turut menjejaskan perkembangan sektor ini.Hal ini demikian kerana tahap pengeluaran berkurangan.Faktor iklim juga menjadi halangan kepada perkembangan bidang pertanian.Tanaman yang tidak sesuai dengan iklim negara ini tidak dapat hidup dengan subur.Sesungguhnya,pelbagai langkah yang efektif harus diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi agar sektor pertanian dapat berkembang dengan pesat.

   Wan Nur Nazirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan