background

Isnin, 23 April 2012

Adab Makan Dan Minum


Dalam makan, ada perkara yang wajib di jaga, dan wujud juga perkara yang sunat di jaga. Perkara yang wajib di jaga adalah, mengelak memakan makanan yang haram, seperti arak, babi, binatang yang tidak disembelih dan sebagainya.
Adapun perkara sunat dijaga ketika makan adalah, makan tersebut dilakukan dengan beradab. Bermakna, apabila makan tidak beradab, ia tidak mendatangkan dosa.
Ada sebilangan manusia, yang makan makanan yang haram, tetapi dalam masa yang sama mereka amat mementingkan adab. Ekoran itu, mereka membaca “bismillah” apabila makan daging babi. Sudah pasti, tindakan ini amat bercanggah dengan konsep Islam.
Ia sama seperti, orang yang mementingkan adab menegur, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mementingkan usaha melarang daripada berlaku penipuan, melakukan tindakan yang merugikan islam dan sebagainya. Walhal, menipu adalah perkara yang haram, dan menegur adalah perkara yang wajib, tetapi adab menegur adalah perkara yang sunat.
Walaubagaimana pun, di sini, di paparkan beberapa hadis-hadis yang sempat dihimpun berkenaan dengan makan dan minum Nabi SAW. ia adalah seperti berikut;
MULAKAN DENGAN ”BISMILLAH”
Nabi SAW apabila makan dan minum, pasti memulakan dengan menyebut nama Allah. perbuatan itu, bukan sekadar dilakukan oleh baginda SAW sendiri, malahan dipesan agar dilakukan oleh orang lain.
Bahkan, ia merupakan pesanan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada kanak-kanak, yang menunjukkan ia merupakan didikan Nabi terhadap mereka.
Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW;
يا غلام سم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك
Maksudnya;
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu
[1]
Dari hadis ini, kita dapat pelajari beberapa perkara berikut;
Pertama :
Nabi SAW, apabila menegur, baginda SAw akan berfikir kesan disebalik teguran. Justeru, apabila kesilapan itu dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang bernama Umar bin Abi Salamah, nabi SAW tidak menggunakan namanya, sebaliknya nabi Muhammad SAW menggunakan panggilan manja.
Dalam bahasa arab, penggunaan kalimah ”ghulam”, ia merujuk kepada panggilan manja kepada kanak-kanak. Panggilan itu, amat diminati di kalangan kanak-kanak arab.
Ekoran itu, panggilan manja itu digunakan oleh Nabi SAW, dalam memberi teguran.
Kedua:
Nabi SAW berpesan agar makan itu dimulakan dengan membaca ”bismillah”. Ia merupakan penentu dalam keberkatan pada makanan itu sendiri.
Disamping itu juga, ketika sedang makan, ada adabnya tersendiri. Antara adab yang ditekankan dalam hadis ini adalah, tidak mengjangkaui tangan ketika mengambil lauk melainkan mengambil yang paling hampir terlebih dahulu.
Tindakan mengambil lauk yang jauh sehingga menjangkaui pinggan dan piring, bukanlah satu perkara yang ditegah oleh syarak. Pun begitu, tindakan digalakan agar tidak dibuat.
KETIKA LUPA BERDOA
Kadangkala, ada manusia itu makan terlupa untuk memulakan makan dengan membaca “Bismillah”. Mungkin kerana terlalu lapar, atau sememangnya tidak teringat langsung.
Dalam hadis, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata, bersabda Nabi SAW;
من نسي أن يذكر الله في أول طعامه فليقل حين يذكر : باسم الله في أوله وآخره
Maksudnya;
“barangsiapa lupa bahawa menyebut nama Allah pada awal makannya, maka hendaklah dia berkata ketika ingat “dengan Nama Allah pada awalnya dan akhirnya
[2]
TANGAN KANAN
Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.
Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;
إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
Maksudnya;
“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya
[3]
Dari hadis ini, di nyatakan bahawa makan dengan tangan kanan merupakan satu suruhan dari Nabi SAW. di nyatakan juga, bahawa tindakan makan dengan menggunakan tangan kiri adalah amalan syaitan.
TIDAK MINUM BERDIRI
Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum. Lantaran itu, ada satu hadis daripada Abi Said Al-Khudri berkata;
أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً
Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW mencegah minum air dalam keadaan berdiri
[4]
TIDAK GUNA BEKAS EMAS DAN PERAK
Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.
Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, merupakan kesombongan, walhal sifat sombong ini tidak layak wujud pada manusia.

-putrisyafeera-

Khasiat Buah Oren


Makan Buah Oren Setiap Hari

Menurut Dr. Bill Sears, pakar psikologi dan profesor di University of California, beliau menyatakan pengambilan buah oren setiap hari, dapat membantu meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
Ini kerana buah oren mempunyai vitamin C. Vitamin C dapat membantu mempercepatkan produksi antibodi dalam badan. Selain itu, ia juga dapat memberhentikan virus-virus penyakit dan jangkitan, daripada memasuki tubuh badan kita.
Tambah Dr. Bill, buah oren juga merupakan makanan yang berkhasiat, dan antara makanan yang terbaik untuk mempercepatkan produksi antibodi selain daripada daging turki, dan salmon.

Antara Suplemen dan Buah-Buahan – Mana Lebih Baik?

Bagi kalian yang bertanyakan soalan seperti di atas, jawapannya sudah tentu buah-buah, khususnya buah yang segar. Namun kita perlu fikir kemampuan kita untuk mengambil buah-buahan segar setiap hari.
Adakah kita mampu meluangkan masa 10 minit untuk makan buah-buahan setiap hari?
Adakah kita mempunyai masa untuk membeli buah-buahan segar di pasar?
Jika kita tidak mempunyai kelapangan masa untuk berbuat demikian, maka kita wajar mengambil suplemen. Pastikan kita mendapatkan maklumat suplemen yang ingin diambil sebelum melakukan pembelian.
Ini bagi mengelakkan daripada terjurumus dalam isu produk tidak halal dan membahayakan tubuh badan.
Semoga perkongsian entri ini bermanfaat untuk kita semua. Sekiranya tuan dan puan ingin berkongsi kepada rakan yang lain, klik sahaja pada button ‘Facebook Like’ seperti yang tertera, atau klik pada butang ‘Share’.
Mohon berikan sebarang komen menerusi ruangan yang disediakan di bawah. Saya akan cuba jawab dengan seberapa segera.
-putrisyafeera-

Cara Bersihkan Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Antara isi-isi penting yang perlu dikongsikan khas adalah:

Pengisian 1) Huraian surah Ar- Rum; 21
"Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, Ia menciptakan pasangan untukmu dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir"


Setelah membaca ayat di atas, bagi mereka yang sudah menikah, maka mereka faham-faham je la kan. Namun, untuk yang belum berkahwin akan tertanya-tanya. .
Bilakah masakah kami ini untuk menikah agar dapat merealisasikan impian yanag terkandung dalam ayat ini?


Baiklah, dapatlah disimpulkan- Kasih sayang dan rasa tenteram ini bukan sahaja pada pasangan nikah tetapi kasih sayang ini boleh di tujukan jua kepada sahabat.
Contoh, dalam Mawadah, kami boleh merealisasikan ayat ini dengan memberikan sepenuh kasih sayang antara satu sama lain lalu kami cenderung merasa tenteram dan aman dengannya tanpa rasa benci mahupun dengki.
Dasar yang menyebabkan hujah ini adalah buat sesuatu kerana Allah selagi tidak menyalahi hukumNya. InsyaAllah. kami (Mawaddah) berazam untuk merealisasikannya walaupun payah dan amat sukar.


Pengisian 2)

5 jalan/ cara mencapai Taqwa.


Umpama cermin yang kotor yang tak pernah dibersihkan. Semakin hari ia menjadi lebih kotor dan berhabuk, sehingga yang nampak hanyalah hitam dan kita tak dapat melihat diri kita untuk berhias.
Kemudian kita ambil cermin itu lalu dibersihkan dengan sabun dan air sehingga kelihatan berkilat dan mempu memantulkan cahaya. Dan kita dapat melihat keadaan diri kita dengan jelas dalam cermin itu.

Begitu juga dengan hati, ketika hati sudah hitam dan dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang kotor sepatutnya kita bersihkan hati itu juga.
Jadi, cara membersihkan hati adalah dengan bertaqwa kepada Allah SWT menerusi 5 tindakan penting ini:

1.Mua'hadah-

 Mengingati Perjanjian kita dengan Allah sehingga hati kita tidak hitam kerana selalu ingat janji yang sering kita ucapkan kepadaNya.

“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji….“ (Q.S.An Nahl:91) juga perjanjian seperti yang terdapat didlm Q.S. Al-A'raf:172 dan Al Fatihah:5

2.Muroqobah-
 Merasakan kekuasaan dan kebersamaan Allah.

Muroqobah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah adalah beramal dengan Ikhlas.
Muroqobah terhadap maksiat adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total.
Muroqobah dalam perkara mubah/ samar adalah dengan menjaga adab dengan Allah dan bersyukur atas segala nikmatNya.
Muroqobah dalam musibah adalah dengan redha terhadap ketentuanNya serta memohon pertolongan- Nya dgn penuh kesabaran.
“Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika memang kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu“


3.Muhasabah -
Menghitung/ menilai diri sehingga setiap hari ada peningkatan iman dan taqwa dan semakin jauh dari kemungkaran, seperti cermin yang setiap saat dibersihkan dan kita dapat melihat wajah kita setisp hari dengan jelas.



“Hai orang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri perhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan“ (Q.S. Al Hasyr:18)
Dari Umar al Faruq r.a. berkata, “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang pada hari yang agung (hari kiamat). Di hari itu kamu dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian walau 1 pun"
Bagaimana mungkin memperbaiki diri jika tidak ada muhasabah, tanpa muhasabah tidak akan ada perubahan.

4.Mua'qobah-
 Menghukum diri ketika melakukan dosa and menghargai diri ketika buat kebaikan. Ini menjadi motivasi dalam hidup supaya terhindar dari dosa dan terus menerus menguatkan keimanan dengan kebaikan.

Apabila seorang mukmin melakukan dosa maka jangan membiarkannya. Kerana membiarkan diri dalam dosa mengundang datangnya dosa lain dan semakin susah untuk meninggalkannya.

5.Mujahadah-
Apabila seorang mukmin terjerumus dalam kemalasan, suka berehat, cinta dunia dan tidak melaksanakan amal sunnah/ ketaatan maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal2 sunnah itu.

“Dan orang2 yang berjihad (mencari keridhaan) Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhNya Allah benar2 beserta orang2 yang berbuat baik": Q.S. Al ankabuut:69
Beramal bukan seadanya tetapi bersungguh dalam keadaan apa saja.

Dari Abu Hurairah bahwa beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai selain dari amalan2 wajib dan seorang hambaKu senantiasa mendekat kepada-Ku dengan melakukan amalan2 sunnat, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintai-Nya, maka Akulah yang menjadi pendengarannya dan sebagai tangan yang digunakannya untuk memegang dan kaki yang dia pakai untuk berjalan dan apabila ia memohon kepada-Ku pasti Kukabulkan, dan jika berlindung kepada-Ku pasti Ku lindungi.’’
Dengan mujahadahlah, seorang muslim akan memberikan amalan yang terbaik. Dan amal terbaik akan menghasilkan hasil terbaik, fiddunia wal akhirat  
-putrisyafeera-




pantun nasihat


bermain bola di dalam gelap
kaki pulak tersepak duri
jangan lah kita terlalu mengharap
takut nanti termakan diri
indahnya malam disinari bulan
burung balik ke sarang
jika orang tak suka nak layan
berfikirlah diluar kotak pemikiran
masa rebung boleh dilentur
kanak-kanak baru belajar merangkak
jangan cuba bersikap tak boleh ditegur
kan baik adik dengar dan patuh arahan kakak
sambil berlari sambil menyanyi
lagunya merdua enak sekali
bila sudah berjauhan terasa sunyi
tahukah tarikhnya kita dapat tinggal kembali
kebun getah harta pusaka
pusaka dari turun menurun
jangan sekali-kali sikap derhaka
elakkan diri dari menjadi Qarun
mata mengantuk disorong bantal
terlenalah sampai ke pagi
usahlah cuba nak mengatal
ingat kubur dah kata mari
-wan nazirah

pantun anti dadah


Indahnya buana juga angkasa,
Tidak terkira beribu batu,
Dadah durjana perosak bangsa,
Remaja terleka mengapa begitu
Indah baiduri dari kencana
Cantik di pakai ke sana sini
Pendidikan diberi kesedaran dijana
Terhapuskah dadah di dunia ini
Anak merak anak anakmerbah
Asyik beradu dalam sarangnya
Rosak akhlak kerana dadah
Remaja begitu apa puncanya
Batu delima dipecah kecil
Angin puputan awan berarak
Punca utama dadah diambil
Pengaruh rakan sukar di tolak
Ulam senduduk dan juga penggaga
Enak dimakan di atas tikar
Iman di pupuk takwa di jaga
Barulah dadah boleh di hindar
-wan nazirah

teknik belajar yang berkesan


Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.         Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk            tegak
            lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.         Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius .          Semasa
            membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c.          Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara         berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.         Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
            Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya          dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas       amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat             dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1      tahun.

-wan nazirah

zakat fitrah

ZAKAT FITRAH Disusun oleh: AMRU ALHAZ BIN ADNAN (IMAM MASJID NEGARA) Dari Ibnu Abbas r.a berkata: �Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan kata-kata kotor di samping menjadi pemberian makanan kepada orang-orang miskin.� (HR. Abu Daud) Zakat Fitrah merupakan zakat diri yang diwajibkan ke atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang mampu dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ada pun kalimah � muslim� merujuk kepada keadaan manusia di saat baru diciptakan, kerana dengan sebab zakat ini dengan izin Allah manusia itu akan kembali kepada fitrah. Apabila di sebut Ramadhan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Selain zakat harta, seluruh umat Islam yang menepati sayarat diwajibkan membayar zakat fitrah. Sungguh pun sama dari aspek nama dan amalan; namun kedua-dua amalan fardu ini mempunyai perbezaan. Ia berbeza lantaran mempunyai konotasi yang mendasari hikmah di sebalik perlaksanaannya. Perbezaan Zakat Fitrah dan Zakat Harta Dari sudut hukum Fiqh, Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada dia seorang merdeka ataupun hamba sahaya sedangkan zakat harta tidak dikenakan kepada hamba sahaya. Bagaimana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri pun dimiliki oleh orang lain. Bahkan, demi mengangkat taraf seorang hamba maka Islam memberikan hak zakat untuk mereka menebus diri. Zakat fitrah juga mempunyai nisab yang berbeza dengan zakat harta. Syarat bagi seseorang itu wajib menunaikan zakat fitrah ialah seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya. Manakala, nisab zakat harta pula mesti disandarkan kepada nilai emas semasa. Apabila harga emas tinggi, maka tinggilah nisabnya. Dari sudut agihannya, zakat harta disalurkan kepada lapan golongan. Menurut pendapat sebahagian ulama agihan zakat fitrah selalunya difokuskan kepada golongan fakir dan miskin. Inilah yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Sayid Sabiq dan Karim Zaidan Ini menunjukkan, zakat fitrah berbeza dengan zakat harta. Siapakah Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah Prinsip asasnya, setiap muslim wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki mahupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah: � Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. � Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. � Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan tetap dalam Islamnya. � Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan Kadar Zakat Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah. Manakala, kadar zakat harta pula ialah 2.5 peratus dari keseluruhan harta. Waktu Zakat Fitrah Dikeluarkan Zakat harta pula ditunaikan sepanjang tahun, tanpa ada batas masa tertentu. Manakala, zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan Ramadhan dan waktunya tamat pada hari raya pertama. ketika terbenam matahari satu syawal. Sekiranya dia terlewat maka ia tetap wajib ditunaikan tetapi ia telah menunaikan pada waktu haram. Antara pecahan waktu itu adalah seperti berikut: 1. Waktu harus: Bermula awal Ramadhan 2. Waktu Wajib: Ketika matahari telah terbenam di akhir Ramadhan 3. Waktu Afdhal/Sunat: Pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan 4. Waktu Makruh: Setelah selesai salat hari raya Idul Fitri sehingga sebelum terbenam matahari 1 syawal. 5. Waktu Haram: Setelah terbenam matahari 1 Syawal. Hikmah disyariatkannya zakat fitrah: � Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmatNya. � Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya ataupun miskin sehingga mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah kepada Allah Taala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya. � Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa.
-wan nazirah

Isnin, 16 April 2012

Dream



Dream of distant cities
Dream of choirs or song
Dream of buried treasure
Waiting for so long

Dream of white butterflies
Dream of regal peacocks
Dream of furry kittens
Wearing stripey knee-socks

Dream of true love and romance
Dream of laughter and fun
Dream of memories that are past
Or experiences to come

Dream, dream my child,
Sleep and dream today,
And let the dreaming-fantasy-world
Carry you away. 
Meg Lealand

-Nur Syahindah-

KEBAIKAN FACEBOOK DAN KEBURUKAN FACEBOOK


Asalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini kita bincang kebaikkan dan keburukan Facebook .Seperti diperkatakan orang ramai Facebook atau singkatannya FB memang banyak keburukan dan kebaikannya . Dalam entri ni saya cerita serba sedikit berkaitannya iaitu kebaikan dan keburukan facebook . Kemungkinan tuan tuan dan puan puan lebih tahu … akan tetapi saya buat artikel ni sekira kira asas pengetahuan untuk kita bersama . Ibarat sebilah pisau … jika kita gunakan potong sayur untuk dimasak ..yang itu bagus .. Tetapi jika kita gunakan untuk mengugut dan menyamun .. memang tak bagus .
Ok .. kita mulai dari keburukan berfacebook dulu .. sebab jika hilang keruh … jernih mendatang .
Keburukan Facebook :
FB membuatkan kita lalai tanggungjawap kita terhadap Allah .. seperti terlupa dah dekat nak habis waktu solat Zohor …masih rancak berfacebook . Begitu juga lalai kita dengan tanggungjawap dalam rumahtangga .. hingga kain baju yang perlu di basuh menimbun dalam rumah tapi kita buat tak tahu je  . Yang lelaki pula … beri berbagai alasan tak mau pi kerja ( jika kerja sendiri).. sebab seronok dengan FB . Tambah tambah pula dia tahan jerat … mengena saja .. iaitu wanita wanita cantik dok respon … apa yang dia buat dekat wall dia . Game pun di dalam facebook pun melalaikan juga . Memang la game baik untuk kecergasan minda … tapi jika sampai melalaikan dan tak peduli mak ayah suruh pi kedai atau buat sesuatu untuk mereka … tak baik juga macam tu . Buat sesuatu yang terbaik .. untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat . Melalai kan bukan sekadar berfacebook …. hal lain pun banyak juga melalaikan kita tapi dah buat cerita Facebook melalaikan … kita cerita la kisah nya iaitu berkaitan facebook yang melalaikan dalam bab ini.
Adakalanya ber facebook ni membuat kita tak ber amanah ketika bekerja .. contoh berfacebook ketika bekerja . Kecuali lah boss kita merestui kita berfacebook jika ada masa terluang daripada kita mengumpat orang . Ini untuk swasta saja . Jika kita bekerja dengan kerajaan … langsung tak boleh berfacebook masa bekerja .. sebab rakyat bayar untuk pekerjaan kamu tu . Jika pekerjaan kamu melibat kamu terpaksa berfacebook .. yang tu lain cerita . La ni penjaga tandas awam kuat berfacebook … letak atas meja 10 sen pun dia tak peduli kot.Tapi tak pa jugak.. sebab dia tokey.
Meletak gambar gambar lucah dan wanita tidak menutup aurat .. kita seorang Muslim .. hati hatilah.. kelak kita disuruh pertanggunjawapkan dengan apa yang kita lakukan di dunia ini dihadapan Allahu Taala .Ada orang letak gambar ..beliau sedang mencium kekasihnya . Jika kita terkenal dalam facebook pun hanya komuniti kecil je . Jika 5000 friend .. yang respon dengan kita dalam 500 je ( kebiasaan ) .. yang lain tu kadang kadang mereka pun terlupa atau tak ambil tahu yang kita ada dalam senarai rakan facebook dia . Tak perlu kita rasa glamour di facebook … hanya perasaan kita saja … yang beranggapan kita telah glamour .. Jika tak percaya  cuba buat status begini “” Sesiapa tak tanda like pada gambar profil saya.. saya akan remove dia “” Kamu akan lihat hanya beberapa orang saja tanda like disitu.. mungkin hanya rakan sekerja kamu saja dan rakan terdekat di facebook saja. Jika semua respon terhadap kita… tak terlayan dibuatnya .
Yang menipu pun banyak juga dalam facebook ni . Dia guna kan gambar wanita cantik .. dan nak kenakan kita walhal dia tu lelaki. Bila orang lelaki nampak gambar profil wanita cantik … berebut nak add ..selalunya gambar artis Indonesia yang orang sebelah sini tak kenal. Sehari 30 orang nak jadikan rakan facebook .. jadi mudah la dia. Tapi la ni orang semua dah cerdik .. sebab mereka baca banyak artikel di website .. dan salahsatunya artikel ni “” kebaikan dan keburukan Facebook ” . Macamana cara mereka kenakan kita? Jawapnya.. macam macam.
Ada orang mencerita hal rumahtangganya secara terbuka di facebook … sepatutnya dia cerita hal itu kepada orang yang sepatutnya dia bercerita .. seperti kepada pejabat agama , keluarga yang terdekat dll . Selalunya sesiapa yang menceritakan hal rumahtangga secara terbuka di FB ni… rakan rakan FB akan selalu mengesyaki kamu lah puncanya … sebab tu mereka jarang layan hal sedemikian.
Banyak juga kes cerai kerana facebook . Kes penceraian akibat facebook ni selalunya kerana seronok berchatting dengan isteri atau suami orang .Memang pun pada mulanya hanya suka suka. Tapi betul juga ” tak gatal tak garu ” . Adakah Paksuhashim,com seorang yang gatal , miang dan ganggu anak isteri orang di FB? Jawap: Insyaallah … setakat la ni tiada lagi … kehadapan … Wallahu alam . Minta berlindung lah dengan Allah dari perkara itu. Amin. Keseronokkan di dunia hanya sementara iaitu tak berkekalan. ( Jika kita dah berakar(lama) di FB .. kita tahu hal itu tak seronok … sebab ganggu keharmonian rumahtangga saudara kita).
Kisah dia dilamun cinta pun di ceritakan di Facebook . Macam la dia sorang je ada perasaan cinta . Dia rasa kawan kawan dia dekat facebook seronok sangat dengan kisah dia tu . Walhal satu episod yang memualkan . Saya pun ada juga kisah tu … tapi tak perlu orang tahu ( gurau je ).
Di facebook ramai juga saudara kita buat bisnes . Bisnes di facebook bagus bukannya tak bagus tetapi perlu jujur. Jual barang sebagaimana kita iklan kan. Jangan sampai mengecewakan saudara kamu. Nampak cantik kain baju tapi bila hantar (post) koyak sana sini. Kes ni kecil je. Perlu diingatkan apa yang kita mahu maka itulah yang kita hendak gunakan… jangan terlalu boros … hingga semua yang member syor atau iklankan ..semua kita nak. Kita suka kawan buat bisnes di facebook … tetapi kita suka juga menasihati rakan kita yang berminat dengan produk bisnes difacebook .
Fitnah di facebook pun banyak . Tapi dah jadi kebiasaan … sesiapa memfitnah di facebook dia akan di fitnah kembali. Ada kes tersalahfaham mesej yang rakan nak sampaikan. Paksuhashim,com selalu tulis dengan perkataan lengkap di wall atau ruang komen untuk mengelakan salahfaham perbahasaan. Jika ada orang tak faham juga … Paksuhashim,com terpaksa block orang itu supaya suatu hari nanti dia reti bahasa . Kita nak tegur … dikhalayak ramai tak bagus .Hantar mesej dia tak layan. Sedikit petua : Jika seseorang itu kurang menyenangkan kita … kita copy nombor iD facebook orang tu dan simpan sebagai black list . Suatu hari nanti jika kita kemas kini akaun facebook kita yang semak tu … kita boleh buat pilihan terhadap iD itu . Bukan niat hendak memutuskan saliturahim tetapi nak mengelakkan fitnah berpanjangan yang boleh menggugat kesejahteraan Ummah. Tapi jika kamu kata ” kamu telah saya black list ” mungkin dia berubah .
Kebaikan Berfacebook :
Menyebarkan dakwah bagus juga di facebook ni . Orang mudah menerimanya jika kena cara . Sebelum kita buat status seelok eloknya kita tahu menjawap persoalan yang diajukan ataupun kita sediakan tempat rujukan. Jika ada ustaz atau guru yang berkebolehan yang mengajar di surau tempat kita … cuba kita ambil video kuliahnya dan sebarkan di FB. Lagi ramai ustaz di FB lagi bagus. Memang Facebook menghad hanya video bawah 20 minit saja boleh upload. Kita rakam 20 minit kemudian rakam pula 20 minit … buat 3 klip maka dapat lah sejam. Dan tak perlu handycam … camera handphone pun boleh . Sebaik baik nya ustaz yang mengajar tu kurang buat lawak . Sebab ilmu agama bukan bahan ketawa . Sepatutnya ilmu agama membuatkan kita berasa gementar hati dan takut dengan Allah SWT . Baru kita boleh berubah.. Insyaallah .
Dengan ber facebook juga dapat menyambung saliturahim . Adakalanya adik beradik lama dah terpisah dapat bersua kembali apabila bertemu di facebook . Facebook juga dapat menghubungkan seseorang yang jauh dimata tapi dekat dihati seperti anak anak dan ibubapa . Jika anak kita belajar disesuatu tempat yang jauh jadi dekat bila kita ber facebook dengan mereka . Sahabat yang lama bertemu kembali di facebook .
Dapat buat bisnes di facebook . Barangkali boleh membantu keluarga kita yang kesempitan wang . Sebenarnya tak perlu modal pun bisnes online ni . Kita hanya berbekalkan sebuah kamera dan ambil gambar di kedai kenalan kita dan kita promote di facebook. Apabila ada order ..kita pergi rujuk dekat kedai yang mengizinkan kita ambil gambar tadi . Jika masih ada barangan tu ..kita post kan.. jika habis ..kita beritahu dekat orang yang order tadi stok dah habis. Jika nak jual tanah , kereta atau rumah ..kita upload video untuk perkenalkan produk itu.
Dengan facebook bakat menulis boleh di asah . Di samping itu boleh juga kita belajar bersosial dengan betul . Ada jenis manusia hidupnya selama ini penuh dengan maki hamun terhadap kekawan .. tetapi bila berfacebook dia kian beradap dan sopan santun . Orang yang baru berfacebook selalu lebih cenderong mengkritik tanpa usul periksa … konon nya hanya dia saja yang betul dan cuba mempengaruhi orang lain mengikut pendapatnya . Dan juga orang yang baru berfacebook suka menganggu orang lain dengan berbagai kerenah untuk menarik minat orang lain terhadap nya . Tapi kita tak kisah sangat … lama kelamaan teradab lah dia .
Selain daripada itu dapat juga tempek untuk promosi blog atau website di facebook kita.Maklum la… kita buat elok elok tak kan tiada orang lalu kat website kita . Sehabis kurangnya dapat juga kita buat penambahbaikan blog atau laman web kita . Sedapat tidak jika kita ziarah laman web kekawan .. tinggalkan sedikit komen untuk motivasi dan penambahbaikan blog kawan kita . Tak sampai 2 minit pun .
Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan dan keburukan facebook ni .. yang ada dalam artikel ini hanya sedikit saja.Wallahu alam.
Wasallam

-Nur Syahindah-

Pantun Patriotik


Pergi ke kedai tergesa-gesa
    Hendak membeli gula Melaka
Malaysia maju rakyat sentosa
    Negara aman bebas merdeka
Sesak sungguh di kaki lima
    Penat berjalan sakitlah peha
Malaysia Boleh slogan bersama
    Asalkan ada daya usaha
Terketar-ketar si penjual roti
    Hendak seberang sebatang titi
Berbudi bahasa hormat menghormati
    Jadilah warga elok pekerti
Pakai TMNEt jalur lebar
   Yuran mahal tak sia-sia
Jalur Gemilang megah berkibar
   Simbol perpaduan rakyat Malaysia
Dapur kotor mahu disental
   Habis tertumpah kuah laksa
Jatidiri hendaklah kental
   Semangat waja membangunkan bangsa
Bahasa Melayu ejaan rumi
    Mula belajar di rumah lagi
Agama Islam agama rasmi
    Rukunegara wajib patuhi
Masuk hutan menembak rusa
   Nikmat rezeki Tuhan kurnia
Marilah bersama membuat jasa
   Malaysia harum di persada dunia

-Nur Syahindah-

Pantun Dua Kerat(Nasihat)


Terima kasih daun keladi,
kalau boleh hendak lagi.
Ikan siapkan ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas.
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Kumbang jarak kumbang jagung,
berani buat berani tanggug.
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama manipu mancuri.
saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.

-Nur Syahindah-

air yang tidak bercantum-kuasa Allah.mp4

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah


KHASIAT MADU.

Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                       
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
           
CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.
 SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                       

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKAN MADU:
Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari

BY PUTRI SYAFEERA