background

Ahad, 16 September 2012


SEBAB PELAJAR KURANG MEMBACA

Isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti membaca di kalangan pelajar kerap dibincangkan. Hal ini kerana aktiviti membaca di kalangan pelajar masih kurang. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan seseorang pelajar itu kurang membaca.

Antara sebab pelajar kurang membaca ialah sikap pelajar itu sendiri. Ramai pelajar menganggap membaca sebagai satu aktiviti yang tidak menyeronokkan dan membosankan. Sikap ini harus dihindar oleh pelajar kerana sikap ini akan merugikan diri sendiri. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan membaca.

Selain itu, televisyen juga menjadi penyebab kepada sikap pelajar yang kurang membaca. Ramai pelajar lebih cenderung untuk menonton rancangan televisyen daripada membaca apabila ada masa lapang. Pelajar suka menonton rancangan hiburan yang kurang berfaedah kepada pelajar. Pelajar hanya membaca apabila menjelang hari peperiksaan sahaja.

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu sebab pelajar kurang membaca. Pelajar pasti kurang membaca apabila berkawan dengan rakan yang kurang membaca. Lazimnya, pelajar yang kurang membaca lebih suka menghabiskan masa lapang dengan melepak atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Pelajar yang kurang membaca juga cenderung menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain.

Di samping itu, sikap keluarga juga boleh menjadi penyebab pelajar kurang membaca. Sebagal contoh, ibu bapa kurang menasihati anak-anak jika mereka kurang membaca. Bahan-bahan bacaan untuk anak juga jarang dibeli oleh ibu bapa. Apa yang lebih mendukacitakan lalah ibu bapa sendiri tidak mengamalkan budaya membaca ketika berada di rumah.

Sikap pihak sekolah juga menjadi penyebab pelajar kurang membaca. Pihak sekolah kurang memberi kesedaran kepada pelajar tenting kebaikan membaca. Kempen membaca yang dijalankan di sekolah juga tidak menyeluruh dan tidak berterusan. Selain itu, pengetua dan guru-guru sendiri kurang menunjukkan sikap rajin membaca, justeru pelajar tidak mendapat contoh yang baik untuk diteladani.

-Nurul Ulfah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan