background

Ahad, 16 September 2012


CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dengan kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi di negara bertuah ini. Walaupun berbeza kaum bangsa dan agama kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.  Terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme.

PERANAN KERAJAAN
Pihak kerajaan sememangnya penting dalam memupuk semangat patriotisme. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber yang mencukupi bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran bagi memupuk semangat patriotisme. Contohnya, pihak kerajaan telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun dan program ini mesti diteruskankerana ia dapat memupuk semangat patriotisme. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen kesedaran tentang semangat patriotisme melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan.
PERANAN SEKOLAH
Selain itu, peranan pihak sekolah dalam memupuk semangat patriotism ini tidak kurang pentingnya. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah. Pada sambutan ini, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik. Pihak sekolah juga boleh mengadakan program kibarkan Jalur Gemilang di sekeliling sekolah.
PERANAN KELUARGA
Keluarga juga memainkan peranan dalam memupuk semangat patriotisme. Peranan ibu bapa menerapkan semangat patriotism amatlah penting. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka melawat ke tempat-tempat bersejarah Negara. Semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan pula, ibu bapa'perlu mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan mereka. Dengan penglibatan ibu bapa ini sudah pasti dapat meyakinkan anak-anak untuk belajar menghargai mencintai negara sendiri.
PERANAN MASYARAKAT
Di samping itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam memupuk semangat patriotisme. Justeru, setiap ahli masyarakat mesti turut terlibat menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun. Dengan penglibatan semua pihak, secara tidak langsung generasi muda akan mendapat contoh yang baik untuk mereka ikuti. Selain itu, penglibatan pelbagai kaum dalam menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan akan dapat memupuk perpaduan kaum dan masyarakat pastinya dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman di negara ini.
PERANAN MEDIA MASSA
Media massa juga boleh memainkan peranan untuk memupuk semangat patriotisme. Hal ini kerana media massa seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi minda masyarakat. Oleh itu, sewajarnyalah stesen televisyen perlu menyiarkan program dan filem yang bertemakan semangat patriotisme. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan semangat patriotisme bagi memupuk lagi semangat patriotisme di kalangan rakyat negara ini.
Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk memupuk semangat patriotisme. Semangat patriotisme ini perlu dipupuk di kalangan rakyat kerana ia dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat dan juga negara. Pada pendapat saya, semua pihak mesti berganding bahu untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat. Semangat patriotisme yang menebal di kalangan rakyat akan membolehkan Malaysia terus aman dan bertambah maju.

-Nurul Ulfah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan