background

Ahad, 16 September 2012


KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Pemimpin masyarakat selalu mengingatkan masyarakat tentang amalan semangat kejiranan. Amalan semangat kejiranan inl penting kepada masyarakat terutama dalam masyarakat yang mempunyal pelbagai kaum dan agama seperti di negara kita. Pada pendapat saya, hal-hal semangat kejiranan ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat terutama golongan muda. Semangat kejiranan perlu kita amalkan kerana !a dapat mendatangkan beberapa kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Dengan amalan semangat kejiranan, kita akan mendapat bantuan kecemasan dengan segera. Hal Ini kerana jiranlah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal klta. Antara kes kecemasan yang mungkin terjadi ialah kemalangan dan kebakaran. Selain itu, jiran juga boleh membantu menghantar kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan jika kita sakit.

Keselamatan rumah kita juga terjamin jika adanya semangat kejiranan, Hal ini kerana jiran akan membantu kita mengawasi keselamatan rumah apablla kita tiada di rumah. Contohnya, jika ada pencuri memasuki rumah kita, jiran akan menelefon polis bagi memaklumkan kejadian tersebut. Oleh itu, wajarlah kita membelikan buah tangan untuk jiran sebagal tanda terima kasih kerana menjaga keselamatan rumah kita.

Amalan semangat kejiranan juga dapat memupuk sikap saling membantu dalam majlis keramaian yang diadakan. Sikap saling membantu Ini jelas dapat kita Iihat dalam majlis keramalan seperti majlis perkahwinan. Jiran akan membantu apa yang patut sehingga majlis itu selesai. Kadangkala jiran juga memberikan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis yang diadakan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga dapat membendung perbuatan negatif di kalangan anak-anak. Anak-anak akan berasa takut untuk melakukan perbuatan negatif ketika Ibu bapa tiada di rumah. Hal ini kerana jiran akan memberitahu kepada ibu bapa atau menegur perbuatan negatif yang dilakukan oleh anak-anak semasa ibu bapa mereka tiada di rumah. Jiran juga akan menasihati anak-anak mereka supaya tidak melakukan perbuatan yang negatif seperti bermain mercun, melepak dan berlumba motor yang boleh mengganggu kesejahteraan jiran.

Amalan semangat kejiranan juga dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagal kaum di negara kita. Dengan mengamalkan semangat kejiranan, kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram. Sektor pelancongan negara pasti akan terus berkembang dengan balk kerana pelancong suka melancong ke negara yang aman dan damai. Pihak kerajaan pula dapat merancang pelbagal program untuk membangunkan negara dengan lebih mudah.

Semangat kejiranan yang diamalkan dalam masyarakat memberikan banyak kebalkan. Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, semangat kejiranan mestilah terus diamalkan oleh masyarakat. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen memupuk semangat kejiranan melalui stesen televisyen dan radio. Dengan usaha semua pihak, saya pasti semangat kejiranan akan terus terpelihara dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

-Nurul Ulfah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan