background

Ahad, 16 September 2012


CARA MEMUPUK AMALAN NILAI KEBERSIHAN

Kita memang mengetahui amalan nilai kebersihan masih belum menjadi budaya masyarakat Malaysia. Amalan nilai kebersihan ini tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Terdapat beberapa cara untuk memupuk amalan nilai kebersihan.

Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan kebersihan diri dan tempat tinggal. Justeru, ibu bapa mesti menerapkan amalan kebersihan diri sejak anak-anak kecil lagi. Ibu bapa boleh menerapkan amalan kebersihan tempat tinggal dengan mengadakan aktiviti gotong¬royong bersama dengan anak-anak. Ibu bapa juga boleh menerapkan amalan menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuat pembakaran terbuka dan tidak membuang sampah merata¬rata tempat.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai kebersihan. Justeru, anggota masyarakat mestilah menjaga kebersihan tempat tinggal dan tempat-tempat awam. Anggota masyarakat juga hendaklah menjauhl tabiat merokok kerana tablat merokok boleh mencemarkan udara dan mengotorkan tempat awam. Pemimpin masyarakat pula, perlu menegur sikap negatif yang berlaku dalam masyarakat seperti membuang sampah ke dalam sungai atau membuat pembakaran sampah secara terbuka.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai kebersihan. Oleh itu, guru-guru mestilah menasihati para pelajar agar menjaga kebersihan kelas dan kebersihan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan kelas setiap minggu dan kelas yang paling kotor hendaklah didenda. Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen kebersihan bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan amalan nilai kebersihan.

Di samping itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai kebersihan. Contohnya, media massa seperti televisyen boleh memaparkan iklan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan seharian. Televisyen juga boleh menyiarkan pemandangan tempat-tempat yang bersih dan memberikan penghargaan kepada pihak yang menjaga kebersihan dan keindahan tempat tersebut.

Dalam memupuk amalan nilai kebersihan, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan. Contohnya, pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan melaksanakan kempen amalan kebersihan melalui stesen televisyen dan radio. Pihak kerajaan juga boleh memberi nasihat dan amaran kepada kilang-kilang agar menjaga kebersihan alam sekitar. Pihak kerajaan juga hendaklah mendenda pihak yang telah mengotorkan alam sekitar sehingga menyebabkan alam sekitar menjadi tercemar.

-Nurul Ulfah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan