background

Ahad, 16 September 2012


Posts Tagged ‘keburukan televisyen’

TV MENJEJASKAN MINDA KANAK-KANAK

12JUL
televisyenTabiat suka menonton televisyen di kalangan kanak-kanak merupakan sindrom yang membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Kesan daripada tabiat menonton televisyen yang keterlaluan mampu membunuh IQ anak anda sekaligus memusnahkan harapan ibubapa untuk menjadikan anak mereka pintar. Sewaktu menonton televisyen, mental dan fizikal berada di dalam keadaan pasif meskipun sebenarnya kanak-kanak berkenaan merupakan seorang yang aktif. Minda kanak-kanak tersebut dihalang daripada berfikir dan berkembang dengan sempurna.
Kanak-kanak sanggup menghadap televisyen 2-3 jam tanpa berganjak dari tempat duduk mereka apabila menonton rancangan yang mereka gemari. Pada keseluruhannya, televisyen akan mempersembahkan rancangan-rancangan yang tidak memerlukan penggunaan minda yang kreatif untuk berfikir atau dalam erti kata lain menonton televisyen tidak mencabar minda kanak-kanak. Tabiat dan kebiasaan ‘kurang berfikir’ tersebut akan menyebabkan minda mereka tidak berkembang seperti yang sepatutnya sebagaimana seorang kanak-kanak yang normal. Akhirnya tabiat ini akan sebati dengan jiwa mereka. Sekiranya keadaan sebegini berterusan, maka ianya akan menyebabkan kepintaran dan keupayaan kreativiti mereka akan undur beberapa tahap kebelakang.
Penelitian kajian oleh Dr. Patti Valkenburg dan Dr. Tom van de Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-kanak di Leiden, Belanda mendapati bahawa televisyen membantutkan rangsangan kreativiti dan perkembangan daya imaginasi kanak-kanak. Kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 16 tahun tersebut mendapati bahawa televisyen boleh menyebabkan penurunan yang ketara terhadap kemampuan imaginasi kreatif kanak-kanak.
Lantaran itu Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah menyarankan supaya TV diharamkan bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. Ini adalah kerana di dalam tempoh 2 tahun pertama umur kanak-kanak tersebut, merupakan peringkat paling penting dan memerlukan perhatian serius daripada ibubapa untuk membina kecemerlangan minda mereka. Masa yang berlalu pada peringkat ini tanpa dimaksimumkan untuk membina kepintaran kanak-kanak adalah satu kerugian dan masa EMAS tersebut tidak dapat dikembalikan atau tidak akan berulang untuk kali kedua.
# Baik buruk televisyen serta media-media elektronik lain bergantung kepada sejauh mana pengawalan yang dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga.

 - Nurul Ulfah -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan