CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Semua peiajar mesti berusaha untuk menjadi pelajar cemeriang. Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
Antara cara-cara menjadi pelajar yang cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topik. Apabila menjelang peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belajar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentlasa disayangi dan diberkati.
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ialah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Dengan kesihatan yang baik juga, peiajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan balk terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.
-Nurul Ulfah-
-Nurul Ulfah-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan