background

Selasa, 27 Mac 2012

Karangan


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Tuan Mahmud bin Sulaiman, para pengetua, guru-guru,dan rakan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Amalan Gaya Hidup Sihat”.

Haidirin yang saya hormati,
Sebelum saya memulakan syarahan saya ini, izinkan saya mengupas tajuk syarahan untuk tersebut. Mengikut Kamus Dewan, amalan bererti sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan. Gaya bermaksud sikap, kesukaan, dan cara berkelakuan yang menjadi cirri seorang. Hidup bermaksud terus bernyawa atau brnafas manakala sikat pula membawa maksud tidak menghidap sebarang penyakit. Oleh hal yang demikian, tajuk ini bermaksud cara yang dapat dilakukan untuk menjaga kesihatan daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya, bak kata peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kesihatan merupakan asset penting dalam meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini. Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak dapat hidup bahagia. Amalan pengambilan makanan yang seimbang merupakan cara yang baik untuk menjamin kehidupan yang sihat. Kita harus mengambil gizi makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Pengambilan gula harus dikurangkan. Hal ini disebabkan kandungan gula yang berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan penyakit darah tinggi dan angin ahmar. Kita juga harus mengurangkan pengambilan lemak. Kandungan lemak yang banyak akan menyebabkan penyakit jantung. Sebaliknya, kita digalakkan supaya makan buah dan sayur dengan banyak untuk mengekalkan kesihatan.

Hadirin sekalian,
Kesihatan yang baik dapat melahirkan rakyat yang cerdas dan cergas. Rakyt yang sihat merupakan pemangkin kepada kemakmuran Negara. Oleh itu, kita harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan hidup. Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya mengingatkan hadirin sekali lagi bahawa kesihatan yang baik bukan sesuatu yang terjadi secara kebetulan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Sekian terima kasih.

-Nurul Ulfah





Yang berusaha tuan pengerusi majlis barisan hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pembangkang, dan hirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini adalah sebagai pihak pencandang bagimenegakkan kebenaran, iaitu pembangunan Bandar menjejaskan semula jadi.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Sebelum saya memulakan hujah saya, eloklah kita memahami maksud tajuk tersebut. Pembangunan Bandar ialah perubahan yang berlaku kepada suatu lokasi geografi, daripada kawasan mundur kepada kawasan maju. Alam semula jadi ditakrifkan sebagai tempat terdapat cirri-ciri fizikal, biologi, dan geografi yang unik, habitat flora dan fauna dan fauna yang hampir pupus, dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik atau pandangan pemuliharaan. Perkataan menjejaskan bermaksud nmerosakkan atau mendatangkan kesan buruk. Oleh itu, tajuk perbahasan ini bermakna perubahan daripada kawasan mundur kepada kawasan maju akan membawa kesan buruk kepada alam semula jadi.

Haidirin sekalian,
Hujah-hujah yang saya utarakan ini jelas membuktikan bahawa pembangunan Bandar mendatangkan kesan negative kepada khazanah alam yang tinggi nilainya. Perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan-eakan saya yang lain. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa bandar tetap menjejaskan alam semula jadi.

Sekian terima kasih.

-Nurul Ulfah








MARANG, Selasa - Sambutan Hari Keluarga anjuran penduduk Taman Mizan telah berlangsung dengan meiahnya di Taman Pertanian Negeri Terengganu, Sekayu, Kuala Terengganu pada 28 Jun yang lalu. Sebanyak 45 buah keluarga yang 72 daripadanya golongan kanak-kanak dan remaja menyertai lawatan yang julung-julung kali diadakan.

Pengerusi sambutan tersebut, Encik Jaafar Abdul Kahar, menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan itu berlangsung ternyata Berjaya mencapai objektif utama, iaitu untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan penduduk san mengukuhkan perpaduan. Jika selama ini kebanyakan penduduk sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing dan tidak banyak masa untuk bertegur sapa, program lawatan ini member kesempatan kepada mereka untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat.

Tepat pada pukul 5:45 petang, acara menyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan. Acara kemuncak sambutan Hari Keluarga itu ialah cabutan bertuah. Sebelum pulang, Puan Rohaya Borhan, seorang daripada peseta yang hadir berucap untuk menyampaikan cadangan agar program sedemikian dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan dating lagi mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga. Sambutan Hari Keluarga itu berakhirkiri-kira pada pukul 6:30 petang.

-Nurul Ulfah












Kegiatan kokurikulum merupakan bidang pengajaran yang sama penting yang sama penting dalam bidang akademik di sekolah. Kepentingannya semakin terserlah apabila pihak Kementerian Pelajran Malaysia mewajibkan semua murid sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah menyertai aktiviti kokurikulum seperti persatuan atau kelab, unit beruniform, dan permainan akan diberikan markan bonus sebanyak sepuluh peratus ketika memohon untuk menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi awam.

Aktiviti kokurikulum dapat membentuk tubuh yang cergas dan minda yang cerdas, selaras dengan kata-kata hikmat otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.